Monday 4 April 2016

Percutian di Pulau Perhentian, Awana Resort

Assalamualaikum, Alhamdulillah.. percutian kami sekeluarga seramai 35 orang ke Kuala Terengganu telah berakhir. Percutian yang dipenuhi dengan pelbagai kenangan manis, masam, kelat. He..he.. semua ada! Tapi.. seronok pastinya seronok.  Pergi berjalan kan. Di mana pun destinasinya, hati tetap berasa bahagia dan gembira. Lebih-lebih lagi bila bersama keluarga tercinta. Walaupun percutian  tidak sepenuhnya berjalan dengan lancar, kami semua tetap sangat-sangat bersyukur kerana segalanya selamat dan dipermudahkan untuk kami. Yang paling penting kami semua  selamat pergi dan selamat pulang. First time ramai-ramai naik bas direct ke Terengganu pada waktu malam dan sampai keesokkanya..Macam-macam hal tahu jeala kalau dah ramai-ramai dalam bas tue...dengan gelak ketawa masing-masingla, berkaroeka di malam hari, duduk bercampur dengan sanak saudara yang lain..Enjoylaaaaaaa.